Buletin MCS: Julai 2010 - Jun 2011
Loading...
Date
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
MAMPU Cawangan Sarawak (MCS), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri
Abstract
Buletin MCS (Julai 2010 – Jun 2011) merupakan terbitan berkala rasmi MAMPU Cawangan Sarawak yang melaporkan pelbagai program, aktiviti, dan pencapaian utama bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam Persekutuan di Sarawak. Edisi ini mengetengahkan Minggu Inovasi Agensi Persekutuan Sarawak 2010, penganjuran ALWSUPS dan AIKSUPS 2010, lawatan kualiti/inspektorat, Mystery Shopping, Program Organisasi Cemerlang (POC), seminar teknologi ICT, pelaksanaan Amalan 5S, peluasan Open Source Software (OSS), serta penglibatan dalam Program Sejiwa Senada dan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia. Turut dirakamkan mercu kejayaan MCS sebagai juara Konvensyen KIK MAMPU dua tahun berturut-turut serta tempat ketiga Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri (AIJPM) 2010.
Description
Buletin berkala terbitan sidang editor MCS di bawah naungan Penasihat Mohd Shahabuddin bin Omar (Pengarah MCS) dan Ketua Editor Azizah binti Mohamad Bee (Timbalan Pengarah ICT MCS). Dokumen memuatkan 'Sekapur Sirih' Ketua Pengarah MAMPU (Dato' Mohamad Zabidi Zainal), 'Seulas Pinang' Pengarah MCS, laporan berita program inovasi dan ICT di Sarawak, artikel sudut ilmiah, serta rekod aktiviti dalaman dan kelab warga MCS.
Citation
MAMPU Cawangan Sarawak. (2011). Buletin MCS (Julai 2010 – Jun 2011). Kuching: MAMPU Cawangan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri.
